Khazanah ‘Back-Up’ Farm Fresh, Harga IPO Tetap Pada RM1.35

951

‘Eh, main backup-backup pulak. Harap ni dapat beri jaminan kepada pelabur lah.’

Khazanah Nasional Bhd memberi sokongan kepada Farm Fresh Bhd yang menetapkan harga saham institusi dan tawaran permulaan (IPO) pada RM1.35 setiap satu dalam satu kenyataan pada 10 Mac lalu.

Menurut kenyataan Farm Fresh kepada Bursa, tawaran runcit ditutup pada 5 petang pada Selasa (8 Mac) dan mereka dijadualkan untuk penyenaraian pada 22 Mac 2022.

Sebagai makluman, IPO Fam Fresh melibatkan penerbitan sehingga 743.18 juta saham yang terdiri daripada tawaran untuk penjualan sehingga 520.23 juta saham sedia ada dan terbitan awam sebanyak 222.95 juta saham baharu.

Pada harga IPO RM1.35 sesaham, Farm Fresh akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM2.51 bilion selepas penyenaraian berdasarkan peningkatan bilangan saham terbitan syarikat pada 1.86 bilion.

Terbitan awam 222.95 juta saham baharu akan memperolehi RM300.98 juta bagi pengembangan syarikat berdasarkan harga IPO RM1.35 sesaham.

Selain itu, CIMB Investment Bank Bhd adalah penasihat utama bagi IPO Farm Fresh dan Maybank Investment Bank Bhd selaku penyelaras global bersama, penaja jamin pengurusan bersama dan penaja jamin bersama.

Dalam satu pemfailan berasingan, Farm Fresh menyatakan selepas penyenaraian, saham syarikat mungkin tertakluk kepada tindakan penstabilan oleh pengurus penstabil yang terdiri daripada Maybank Investment Bank dan syarikat gabungannya.

Menurut Farm Fresh, secara agregatnya sebanyak 44.59 juta saham dalam syarikat itu adalah subjek opsyen lebihan peruntukan dan pengurus penstabil mungkin membeli saham tersebut bagi melakukan tindakan penstabilan.

Dalam pada itu, laman web Farm Fresh menunjukkan bahawa pengasas, Loi Tuan Ee meminta bantuan rakan lamanya, Azmi Zainal sebagai rakan kongsi perniagaan dan membawa masuk dana kekayaan negara Malaysia Khazanah sebagai pelabur dalam syarikat bagi membantu mengembangkan operasinya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat