Kilauan Emas Hitam Pudar, Susut Ke Paras Sebelum Krisis Ukraine

241

Ketidaktentuan ekonomi global menekan turun harga minyak mentah dalam pasaran dengan Brent susut di bawah paras $80 setong untuk kali ke-2 pada 2022.

Awal pagi tadi niaga hadapan minyak mentah Brent turun 4% pada $79.35 setong sementara niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh 3.5% pada $74.25 setong.

Ia merupakan kejatuhan harga lebih 1% untuk 3 sesi berturut-turut, seterusnya menerbalikkan hampir semua keuntungan yang dicapai tahun ini.

Faktor kejatuhan boleh disimpulkan dengan rantaian berita bearish pasaran bermula dengan kebimbangan prospek kenaikan kadar faedah Federal Reserve (Fed).

Buat masa ini pasaran menjangkakan Fed akan melaksanakan kenaikan 50 mata asas berdasarkan komen dovish Jerome Powell namun bacaan data ekonomi yang kukuh mengembalikan kemungkinan kenaikan 75 mata asas untuk kali ke-5.

Turut menyumbang kejatuhan adalah berita keadaan aktiviti ekonomi yang lemah di China dengan jangkaan aktiviti dagangan Beijing merosot pada bulan November.

Sungguhpun terdapat berita rancang mengurangkan had pengeluaran OPEC+ dan pelonggaran sekatan di China, ia dilihat gagal mengatasi kebimbangan dasar pengetatan bank pusat itu.

Dalam pada itu penganalisis minyak, Matt Smith, menyimpulkan bahawa Brent alami penyusutan harian terbesar sejak September dan terdapat kemungkinan WTI diniagakan di bawah $60 setong.

Selain itu, penganalisis UBS Giovanni Staunovo meramalkan ketidaktentuan pasaran minyak akan berlarutan untuk sementara waktu dengan situasi di China dan Amerika Syarikat menjadi tumpuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat