Kisah Tragis Penubuhan Bank Melayu Pertama 70 Tahun Lalu

506

Maarof Zakaria adalah seorang peguam dan pengasas Bank Kebangsaan Melayu (Malay National Bank) yang merupakan bank pertama khusus untuk orang melayu.

Bank ini terletak di Jalan Klang, Kuala Lumpur yang ditubuhkan di atas 27 ekar tanah dan mempunyai dua juta saham yang hanya dibuka kepada orang melayu. Semasa penubuhannya, bank luar negara yang beroperasi di Malaya ketika itu adalah The Chartered Bank yang dimiliki oleh British dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).

Kedua-dua bank ini tidak memberikan perkhidmatan pinjaman wang kepada orang melayu dan disebabkan itu, kebanyakan mereka perlu mendapatkan pinjaman daripada ceti yang mengenakan kadar faedah yang tinggi.

Maarof adalah seorang peguam dan berasal dari Negeri Sembilan yang mana beliau juga seangkatan dengan Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Zaaba. Antara jawatan tertinggi yang pernah diduduki oleh Maarof ialah pegawai daerah di Perak.

Menyebut nama Maarof, tentu ramai yang tidak mengenali beliau, tetapi anaknya yang juga seorang pelakon veteran Malaysia sudah tentu dikenali ramai. Anak beliau adalah Mustafa Maarof, dan sebatang jalan di Bangsar juga dinamakan atas nama beliau (Jalan Maarof) bagi mengenang jasanya dalam awal sektor perbankan khususnya kepada orang melayu.

Niat beliau untuk memberikan kemudahan dan membantu pembangunan ekonomi melayu pada masa itu terbantut apabila beliau cuba dibunuh pada tahun 1947 oleh sekumpulan lelaki bersenjata api. Kejadian berlaku ketika mereka berpindah ke kediaman baru di Taman Seputeh, Jalan Klang Lama.

Menyedihkan apabila 10 bulan kemudian Maarof ditemui mati tergantung pada sebatang pokok di hutan berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur – Bentong, Pahang pada 7 Disember 1947.

Maarof sebelum itu dikatakan hilang selama dua hari selepas keluar dari rumah untuk ke Kampung Baru, KL. Apa yang menjadi misteri adalah motif kepada pembunuhan beliau, kerana mayatnya ditemui bersama jam Rolex dan sejumlah wang di dompet.

Sebelum kejadian tersebut, beliau baru sahaja membeli sebidang tanah berkeluasan 0.8 hektar di Seputeh. Ketika pembunuhannya, anak beliau Mustafa Maarof masih bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

 

Pasaran Kewangan Malaysia Di Bawah Ancaman – Bloomberg

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat