Pasaran Kewangan Malaysia Di Bawah Ancaman – Bloomberg

220

Bloomberg melaporkan pasaran bon Malaysia telah menarik semula pelaburan walaupun rizab asing negara terus diperhatikan oleh pelabur.

Jumlah rizab asing yang rendah di Asia justeru menjejaskan permintaan sekuriti (instrumen pelaburan), di mana Malaysia sedang memulih daripada kemelesetan pasaran kewangan terpanjang sejak lapan tahun lalu.

“Terdapat kemasukan semula modal ke pasaran bon Malaysia selepas kejatuhan mendadak tahun lalu,” kata Desmond Soon, ketua pengurusan pelaburan di Western Asset Management Singapura. “Apabila melihat paras rizab matawang asing Malaysia, ia masih lagi terdedah kepada perubahan signifikan dalam risiko global.”

Carta di atas menunjukkan jumlah import Malaysia dan juga beberapa negara Asia yang termasuk negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. Jika dilihat import Malaysia adalah yang terendah berbanding negara lain menunjukkan aliran rendah modal ke luar.

Namun, apabila dilihat kepada carta di bawah, rizab atau simpanan Malaysia hanya cukup untuk membiayai 6.5 bulan import tertangguh berdasarkan data yang dikumpul oleh Commerzbank. Ia jauh lebih rendah daripada negara-negara jiran seperti Indonesia yang boleh membiayai 9.9 bulan import tertangguh, Thailand dengan 10.8 bulan import tertangguh dan Filipina 11.2 bulan.

Minggu lalu Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Muhammad Ibrahim berkata, “Jumlah rizab asing Malaysia adalah mencukupi bagi keadaan semasa pembangunan ekonomi kita.”

Tambah beliau, rizab atau simpanan Bank Negara adalah baik di sekitar julat yang mencukupi, memberikan kita kedudukan yang selesa berbanding negara-negara serantau.

Kiraan rizab yang dibuat oleh Bank Negara adalah cukup bagi membiayai 7.9 bulan import tertangguh, lebih tinggi daripada anggaran oleh Commerzbank.

Carta di bawah menunjukkan kejatuhan paras rizab atau simpanan Bank Negara Malaysia sejak mencapai paras tertinggi pada 2013.

 

Untuk rekod, rizab Malaysia telah jatuh empat tahun berturut-turut sehingga mencecah $93.3 billion pada September 2015 daripada paras tertinggi $141.4 billion pada Mei 2013. Kini paras rizab berada di paras $99.1 billion setakat 14 Julai, menurut data oleh BNM.

“Rizab asing masih lagi rendah dan masih terdedah kepada risiko modal keluar dalam masa terdekat,” kata Julian Wee, ketua strategi pasaran di National Bank of Australia di Singapura.

“Paras rizab yang lemah ini akan akan lebih terdedah dalam keadaan pengukuhan US dolar di mana Bank Negara akan lebih berhati-hati dalam membuat ‘Intervention‘ bagi memperlahankan kejatuhan Ringgit.”

 

Inflasi Malaysia Naik 3.6% Pada Jun, Harga Makanan Terus Meningkat

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat