Komen Juncker Bangkitkan Semula Harapan Untuk Kesepakatan Rundingan Brexit

257

Keputusan mesyuarat polisi monetari oleh beberapa bank pusat utama semalam tidak memberikan kejutan dan pergerakan ketara matawang pada dagangan penghujung minggu ini.

Selepas Federal Reserve (Fed) menurunkan kadar faedah pada awal pagi semalam, Bank of Japan (BOJ), Swiss National Bank (SNB) telah mengekalkan kadar feadah untuk mesyuarat September. Disusuli pula keputusan mesyuarat oleh Bank of England (BOE) pada sesi Eropah yang turut mengekalkan kadar faedah di paras sebelum ini.

BOE telah mengekalkan kadar tidak berubah pada 0.75% seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran dengan undian majoriti oleh ahli mesyuarat. Dengan turut mengekalkan program pembelian bon, bank pusat masih menekankan isu Brexit akan terus mempengaruhi permintaan dan inflasi, dan akan menjurus ke arah penurunan kadar lebih rendah.

Keputusan mesyuarat tersebut telah memberi tekanan terhadap dagangan Pound dengan intonasi dovish oleh bank pusat. Namun, Pound kembali melonjak pada sesi pasaran New York susulan komen positif oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean Claude Juncker berhubung isu Brexit.

Juncker menyatakan bahawa beliau sedang meneliti isu sempadan Ireland dan berkemungkinan perjanjian mampu dicapai jika kesemua obektif mampu dicapai. Beliau sedang berusaha melakukan yang terbaik dan bersedia untuk menghapuskan kawalan sempadan dan mencapai persetujuan perjanjian.

Juncker juga telah mengesahkan bahawa beliau telah menghantar dokumen-dokumen kepada Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk idea draf lakaran bagi perjanjian Brexit yang baru.

Dengan ini, perjanjian mampu dicapai menjelang tarikh akhir pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah pada 31 Oktober nanti. Jika tiada sebarang perubahan pada perkembangan tersebut, dagangan GBP dijangka akan meneruskan momentum pengukuhan bersambung minggu hadapan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat