Komoditi Berharga Menjadi Tumpuan dalam Sesi Asia!

37

Harga emas menjadi tumpuan dalam sesi Asia selepas pasaran kekal dalam mode berhati-hati menjelang sidang akhbar oleh Donald Trump.

Emas bagi penghantaran Februari di Comex meningkat sebanyak 0.11 peratus kepada $1,186.75 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, copper futures meningkat sebanyak 0.23 peratus kepada $2.617 sepound.

Semalam, harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 6 minggu berikutan kegelisahan pasaran menjelang sidang akhbar pertama oleh Presiden AS yang baru hari ini.

Emas mendapat sokongan baru-baru ini selepas minit mesyuarat Disember Fed dikatakan tidak menunjukkan hala tuju yang jelas mengenai kenaikan kadar seterusnya.

Kelewatan dalam menaikkan kadar oleh Fed ini dinilai positif untuk emas dan negatif buat matawang US Dollar.

Kelemahan US Dollar juga kebiasaannya memberi manfaat buat emas kerana permintaan yang semakin meningkat buat asset alternatif.

Selain sidang kahbar hari ini, pasaran turut akan memberi tumpuan terhadap data runcit AS yang bakal dikeluarkan minggu ini serta ucapan dari Janet Yellen yang dikatakan berpotensi untuk menilai prospek kenaikan kadar faedah pada masa akan datang.

Peningkatan Jumlah Inventori Minyak Mentah dari AS Ini Seolah-olah Ingin Memusnahkan Harapan OPEC!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat