Konflik Iran-Israel Tiada Tanda Noktah, Misi Serang Balas Diteruskan!

674

Rakyat Israel menantikan berita tentang jawapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkenaan tindak balas terhadap serangan langsung pertama Iran ketika tekanan antarabangsa semakin panas di tengah-tengah kebimbangan peningkatan konflik di Timur Tengah.

Semalam, Netanyahu memanggil kabinet perangnya buat kali kedua dalam tempoh 24 jam untuk merancang serang balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran pada hujung minggu lalu.

Keputusan mereka muktamad, Ketua Tentera Herzi Halevi berkata Israel akan bertindak balas.

Respon tindakan balas Israel telah membimbangkan ramai rakyat Iran dan perkara itu akan menanggung kronik ekonomi serta kawalan sosial politik yang semakin meruncing sejak protes pada 2022 hingga 2023.

Iran melancarkan serangan itu sebagai membalas dendam di atas perbuatan serangan udara Israel pada 1 April di perkarangan kedutaannya di Damsyik yang membunuh dua jeneral tertinggi mereka.

Walaupun serangan Iran itu tidak menyebabkan kematian dan kerosakan yang serius, ia telah mengeruhkan kebimbangan perang bersama musuh lama serta merebakkan konflik di Timur Tengah.

Sejak perang di Gaza bermula pada Oktober, pertempuran Israel bukan sahaja tertumpu ke arah kumpulan Hamas malah, di posisi lain juga mereka turut diserang oleh kumpulan sekutu Iran di Lubnan, Syria, Yaman dan Iraq.

Beberapa pegawai tertinggi Eropah seperti Presiden Perancis Emmanuel Macron, Canselor Jerman Olaf Scholz dan Setiausaha Luar Britain David Cameron membuat rayuan yang sama dengan meminta Israel untuk tidak menghangatkan lagi konflik Timur Tengah.

Jurucakap Keselamatan White House, John Kirby enggan mengulas lanjut sama ada Biden menggesa Netanyahu dalam rundingan Sabtu lepas berkenaan serangan balas tersebut.

Selain itu, China yakin Iran boleh mengawal keadaan dengan baik serta mengelakkan rantau itu terus bergolak.

Menteri Luar China, Wang Yi memberitahu rakan sejawatnya dari Iran, Hossein Amir-Abdollahian dalam panggilan telefon pada Isnin bahawa China menghargai pendirian Iran kerana tidak menggugat negara serantau dan jiran yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat