Korea Selatan Dah Tangkap Co-Founder Terraform Labs?

133

Pendakwa raya Korea Selatan tanpa berlengah berusaha mendapatkan waran tangkap terhadap co-founder Terraform Labs, Daniel Shin atas kesalahan mengeliminasi mata wang kripto bernilai AS$60 bilion.

Selain daripada kesalahan tersebut, pejabat pendakwa raya turut mendakwa Shin dan tujuh individu lain melanggar undang-undang pasaran modal serta melakukan pengumpulan dana haram secara senyap.

Rentetan itu, pengeluaran waran tangkap akan diputuskan semasa berlangsungnya perbicaraan pada 2 Disember di Mahkamah Daerah Selatan Seoul.

Namun, Shin yang kini merupakan ketua firma fintech Chai Corp masih tidak dapat dihubungi dalam mengenapasti jika beliau akan hadir pada perbicaraan tersebut.

Meskipun begitu, peguam kepada Shin menegaskan bahawa beliau bukan sahaja tidak terlibat dalam penjualan token Luna bernilai 140 bilion won (AS$106 juta) secara haram malah tidak terbabit dengan operasi Terra sejak beliau keluar daripada syarikat tersebut pada 2020.

Sementara itu, pengasas Terra Do Kwon yang menafikan segala pertuduhan dilemparkannya telah menghilang diri susulan pendakwa raya Seoul sehingga kini tidak dapat menjejaki lokasi didudukinya.

Secara konteks, Kwon dan Shin telah menubuhkan Terraform Labs pada 2018 bagi mengadaptasikan teknologi blockchain sebagai perkhidmatan pembayaran, tetapi tidak lama selepas itu masing-masing memutuskan untuk berpisah.

Manakala, stablecoin TerraUSD berfungsi untuk mempunyai nilai AS$1 yang stabil manakala token Luna yang mengalami kajatuhan secara tiba-tiba pada bulan Mei telah buatkan pasaran kripto berada dalam keadaan tidak menentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat