Kripto Bakal Menjadi Masa Depan Dunia Permainan Video!

1,882

Tinjauan yang dijalankan oleh firma perisian-Stratis mendedahkan bahawa 58% daripada pembangun permainan video Amerika dan British telah mengguna pakai teknologi blockchain dalam operasi mereka. 47% daripada bilangan itu telah mengintegrasikan kripto NFT dalam permainan mereka.

Tinjauan tersebut adalah berdasarkan sampel kajian yang merangkumi 197 pembangun permainan video di Amerika Syarikat dan UK. Selain daripada kenyataan bahawa industri permainan video telah menggunakan teknologi blockchain dan NFT, turut mengembirakan komuniti kripto ialah mereka sedang mempertimbangkan untuk meneruskan penggunaan blockchain dan NFT untuk projek seterusnya. 56% didapati memiliki hasrat untuk berbuat demikian pada tahun hadapan.

Yang paling menarik, apabila ditanya mengenai sama ada mereka percaya terhadap teknologi blockchain akan menjadi lazim dalam permainan video dalam tempoh 24 bulan berikutnya,64% daripadanya mengiyakan hal tersebut.

Menurut 61% pembangun permainan video, blockchain membolehkan permainan yang inovatif dan lebih menarik. 55% berpendapat ia dapat memberi nilai tambah kepada pemain kerana mereka boleh mendapat ganjaran dalam permainan dan juga menyimpannya. Akhir sekali 46% minat pembangun permainan video dalam blockchain tertumpu pada model perniagaan trending Play-to-Earn.

Menurut Jean-Philippe Vergne, Profesor Madya di UCL School of Management, “Blockchain telah mula menjadi blok binaan teras untuk permainan atas talian. Apa yang ditawarkan ialah pemain kini boleh memperoleh aset kripto sambil bermain dan berdagang barangan digital dalam permainan video.

Idea utama Play-to-Earn adalah untuk memberi ganjaran kepada pemain kerana meluangkan masa dan usaha mereka ke dalam permainan. Dengan mengambil bahagian dalam permainan tertentu, pemain mencipta nilai untuk pemain lain dalam ekosistem dan pembangun. Dimana mereka menerima ganjaran dalam aset kripto.

Beberapa contoh permainan sedemikian yang paling terkenal ialah Axie Infinity, Decentraland dan The Sandbox.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat