Kripto MINA Berdesup Laju Macam Pelesit!

1,224

MINA, merupakan matawang digital pertama yang menggunakan “succinct blockchain”, dibina untuk mengurangkan keperluan pengiraan bagi menjalankan DApps dengan lebih berkesan.

Di gambarkan sebagai blockchain paling ringan di dunia, dimampatkan dari 100GB hingga berukuran KB dan ia tetap seimbang dari segi keselamatan dan desentralisasi.

Projek ini dijenamakan semula dari Coda Protocol ke Mina pada Oktober 2020.

Sejak penyenaraiannya di Binance pada 10 Ogos 2021, Mina menyaksikan lonjakan yang konsisten sehingga mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru $6.50 pada 14 September lalu.

Lonjakan Mina disokong oleh integrasi bersama Polygon pada minggu lepas.

Seterusnya, jom lihat carta pergerakan semasa harga MINA/USDT.

MINA dapat dilihat telah berjaya menghasilkan lonjakan yang konsisten lebih 160% selepas tersenarai dari Binance.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga MINA dilihat masih disokong dengan aliran uptrend yang agak kuat dan sedang berlegar-legar di ruangan zon RBS (resistance become support) $5.50.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya MINA kembali menyaksikan pergerakan harga positif, zon resistance $6.20 merupakan sasaran seterusnya untuk diuji sebelum meneruskan lonjakan yang lebih tinggi.

Zon tersebut juga kemungkinan bakal menjadi penentu untuk MINA membuat lonjakan yang agresif dan membuat ATH terbaru jika berjaya menembusi zon tersebut.

Manakala, sekiranya MINA kekal dengan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) $5.50 perlu diuji terlebih dahulu samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Semasa penulisan, MINA didagangkan sekitar paras $5.60 susut lebih 4% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-81 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta harga MINA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat