Kripto Terkait, Elon Musk Bakal Lancar Aplikasi TV X!

303

“Baguslah kalau kripto dapat terima impak positif, tapi macam mana kalau tak ada?”

Platform media sosial X diperoleh oleh Elon Musk sedang berada dalam proses melancarkan aplikasi TV sebagai sebahagian daripada langkahnya yang ingin meneroka lebih mendalam ke dalam ruang video dan hiburan.

Sebagai persediaan pembangunan baharu itu yang ingin membenarkan pengguna hantar video daripada telefon pintarnya ke skrin TV lebih besar, X telah menandatangani perkongsian strategik bersama beberapa firma berprofil tinggi.

Bukan itu sahaja, X turut berhasrat memasukkan iklan di mana penempatan iklan akan memberi manfaat pada sektor seperti kripto yang ingin mempromosikan produk dan perkhidmatan tidak mesra media arus perdana.

Selain keperluan mencipta satu lagi aliran pendapatan bagi platform media sosial, pelancaran X TV dapat mendorong usaha Musk ke arah memindahkan aplikasi tersebut melangkaui platform sosial berasaskan teks dan imej.

Sejurus selepas mendapati pengguna telah menonton video bernilai 23 bilion minit di X hanya dalam 31 hari lalu, X menegaskan langkah dilakukannya adalah sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mengewangkan aplikasi TV.

Beberapa bentuk pengembangan lain yang X telah teliti adalah XMail iaitu perkhidmatan e-mel, jadi di sini dapat dilihat pelancaran itu dapat melihat spekulasi meningkat tentang potensi persaingan yang boleh ditimbulkan pada perkhidmatan e-mel Google dikenali sebagai Gmail.

Pada sisi berbeza, pulangan saham Tesla (TSLA) malangnya ditewaskan oleh Bitcoin (BTC) apabila keuntungannya hanya melonjak 806% dalam masa lima tahun lalu berbanding BTC yang naik lebih 1,180%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat