Krisis Brexit Kembali, Pound Jatuh Menjunam

736

Dagangan matawang pound terus dilemahkan oleh ketegangan yang semakin meningkat antara UK dan Kesatuan Eropah susulan ancaman terbaru Perdana Menteri Boris Johnson yang menetapkan tarikh akhir rundingan perdagangan pada 15 Oktober.

Matawang pound sterling jatuh 0.7% berbanding USD ketika pasaran memasuki sesi Eropah menjelang satu lagi pusingan rundingan antara UK dan EU yang bakal diadakan pada Selasa.

PM Johnson tekad untuk menamatkan rundingan sehingga pertengahan Oktober setelah menyaksikan hanya sedikit kemajuan yang dibuat dalam beberapa rundingan sebelum ini berikutan perbezaan kedua-dua pihak.

Dengan dua masalah utama dalam rundingan yang masih belum dapat diselesaikan iaitu perbezaan mengenai bantuan negara dan perikanan, UK kini dilaporkan pula sedang merancang undang-undang baru yang akan menggantikan bahagian-bahagian penting dalam Perjanjian Pengeluaran Brexit.

Kemungkinan bahawa kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kesepakatan perjanjian bukan sahaja akan membawa masalah kepada ramai pihak, malah boleh menggegarkan pasaran kewangan.

Sementara itu, ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier menyatakan kebimbangan beliau terhadap perubahan terbaru dalam rundingan Brexit dan menginginkan jawapan daripada ketua perunding UK, David Frost mengenai dakwaan bahawa Downing Street akan mengubah beberapa bahagian daripada perjanjian pengeluaran Brexit yang mana boleh menimbulkan perselisihan dengan Ireland Utara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat