Lagarde: Risiko Ekonomi Global Semakin Membimbangkan?

726

Ketua (IMF) Christine Lagarde mengatakan, ekonomi global belum menemukan sinar walaupun selepas persidangan puncak antara pemimpin negara kelompok G7. Menurutnya, keyakinan perniagaan masih menurun kerana adanya tindakan polisi dari Amerika Serikat (AS) yang menganggu perdagangan global.

IMF meramalkan pertumbuhan ekonomi global adalah sebanyak 3.9 peratus pada 2018 dan 2019. Namun, Lagarde melihat keadaan ekonomi global dari hari ke hari semakin tidak menyenangkan.

“Pertumbuhan ekonomi semakin malap, dan yang kita lihat adalah pengurangan keyakinan yang disebabkan pengamalan polisi pada ketika ini. Persoalan ini harus ditangani oleh WTO,” ucap Lagarde, seperti yang dilaporkan di Reuters, Selasa (12/6).

Pernyataan Lagarde dikeluarkan selepas pertemua 2 haru G7 yang hasilnya kurang berjaya apabila presiden US Donald Trump secara mengejutkan menarik dukungan bagi deklarasi bersama berkenaan perdagangan bebas. Selain itu, US juga terlibat konflik perdagangan dengan Kanada.

Menurut Merkel, keputusan Trump pada akhir persidangan mengecewakan, dan mengancam Kesatuan Eropah dan hal ini dapat mencetuskan perang perdagangan.

IMF juga berpendapat bahwa keadaan saat ini menjadi cabaran perdagangan dunia dan menempatkan ekonomi global dalam risiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat