Lagi Isu Sistem Pembayaran, Apple & Belanda Capai Persetujuan

167

Hmm lagi kes melibatkan Apple AppStore, bila nak improve ni?

Apple akan membenarkan pembangunan aplikasi temu janji dalam talian di Belanda untuk menawarkan pilihan pembayaran selain sistem pembayaran Apple sebagai langkah mematuhi perintah pengawal selia pasaran negara tersebut.

Pada 24 Disember tahun lalu, pihak berkuasa Pengguna dan Pasaran Belanda mendapati bahawa Apple telah menyalahgunakan kedudukannya di pasaran dengan mewajibkan pembangun aplikasi temu janji seperti Tinder Match Group Inc untuk menggunakan sistem pembayaran dalam AppStore.

Menurut Apple pada Sabtu, syarikat tersebut akan mematuhi keputusan tersebut dan memperkenalkan ‘2 kelayakan baharu pilihan terpakai secara eksklusif bagi aplikasi temu janji di AppStore yang akan menyediakan pilihan pemprosesan pembayaran tambahan untuk pengguna’.

Namun, mereka turut menyatakan pembangun tidak memerlukan penggunaan alat bukan Apple dan turut memberi amaran bahawa Apple tidak akan membantu dengan sistem keselamatan atau pembayaran balik yang berlaku diluar sistemnya kerana ‘mereka tidak akan menyedarinya secara langsung’.

Dalam pada itu, Apple sedang merayu keputusan yang dikeluarkan oleh kerajaan Belanda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat