Langkah Berani! Bank Pusat ECCB Jadi Bank Pertama Lancarkan Kripto CBDC!

999

Bank Pusat Eastern Caribbean (ECCB) yang terletak di Saint Christopher (St. Kitts) dan Nevis umumkan pelancaran matawang kripto bank pusat (CBDC) DCash pada hari Rabu.

Negara-negara seperti Rusia, China, dan Jepun baru dalam proses menguji matawang kripto bank pusat (CBDC) sebagai bahagain dari pengembangan sistem kewangan seperti yang dilaporkan sebelum ini. Namun ECCB telah mengambil langkah berani dengan menerbitkan dan melancarkan CBDC mereka.

Menurut orang ternama dalam ECCB pada hari Rabu, CBDC dapat membantu mempercepatkan transaksi dan mengatasi masalah yang dihadapi dalam sektor pembayaran.

Pelancaran DCash ECCB adalah suatu yang mendapat perhatian massa kerana ia adalah contoh pertama bank pusat yang umumkan penggunaan CBDC. CBDC DCash ini merupakan matawang kripto yang disepakati antara 4 negara di Carribean St. Kitts dan Nevis, Antigua dan Barbuda, Grenada, dan Saint Lucia.

ECCB bekerjasama dengan firma fintech Bitt untuk menguruskan infrastruktur dan operasi DCash. CBDC dapat digunakan untuk pengguna, e-commerce, business-to-business, dan pengurusan tunai dalaman dengan DCash Merchant App.

Menurut bank pusat ECCB, ECCB telah bekerjasama dengan Bitt Inc lebih dari dua tahun untuk mengembangkan matawang EC dalam bentuk digital bagi meningkat daya saing dan daya tahan rakyat.

Bermula 31 Mac, pengguna dan pedagang boleh mendaftar untuk menggunakan DCash melalui institusi kewangan berdaftar atau melalui aplikasi DCash.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat