Laporan Data Pekerjaan Kanada Lemah – Kadar Pengangguran Meningkat!

577

Pada hari, Jabatan Statistik Kanada telah mengeluarkan laporan perkejaan. Berdasarkan laporan, ekonomi Kanada telah kehilangan 24,200 pekerjaan pada bulan Julai lalu berikutan kejatuhan dalam perdagangan borong dan runcit. Walaubagaimanapun, pasaran pekerjaan Kanda masih mengekalkan trend yang sama untuk kali ke-3 dalam beberapa bulan ini.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kanada menunjukkan kadar pengangguran meningkat kepada 5.7% daripada 5.5% yang dicatatkan pada bulan Jun. Bacaan ini tersasar daripada sasaran penganalisis yang menjangkakan peningkatan bilangan pekerjaan sebanyak 12,500 unit dan kadar pengangguran pada 5.5%

Menurut pakar ekonomi, Doug Porter, data ini sedikit mengecewakan. Tentu sahaja data satu bulan tidak mencukupi namun ini merupakan kali ketiga kadar pekerjaan mengecewakan dalam tempoh 5 bulan ini.

Matawang Kanada melemah berbanding US dolar pada paras 75.36 sen selepas data pekerjaan dikeluarkan.

Setakat ini Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah sebanyak 0.2% pada paras 97.23 setakat jam 11.40 p.m.

Hal ini disebabkan Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan memutuskan jalinan kerjasama dengan syarikat gergasi China. Laporan lanjut boleh baca disini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat