Ledakan Saham Nvidia Gegar Wall Street!

381

Pasaran saham Amerika Syarikat mengalami peningkatan ketara pada hari Khamis, apabila pelabur bertindak balas terhadap keputusan suku tahunan terkini Nvidia.

Indeks S&P 500 dan Nasdaq Composite masing-masing mencatat keuntungan yang tinggi, dengan saham teknologi mendahului.

Lonjakan harga saham ini juga sejajar dengan terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS yang lebih baik pada suku pertama tahun ini.

Ketika ditutup pada sesi New York, S&P 500 meningkat 0.88% kepada 4,151.27, manakala Nasdaq Composite pula mencapai 13,938.53 selepas melonjak 2.46%.

Walau bagaimanapun, indeks Dow Jones Industrial mengalami penurunan sedikit sebanyak 0.11% kepada 32,764.66.

Sektor teknologi S&P 500 mengalami lonjakan luar biasa dengan kenaikan terbesarnya sejak 30 November.

Rangsangan ini didorong terutamanya oleh tindak balas positif pelabur selepas Nvidia melaporkan peningkatan keuntungan 26% dan jualan 19% pada suku pertama.

Selain itu, ia juga meramalkan pendapatan suku semasa akan melonjak kira-kira 50%, lebih tinggi daripada unjuran penganalisis.

Ekoran daripada itu, gergasi teknologi AS itu menyaksikan kenaikan hampir 25% dalam harga sahamnya yang mendorong permodalan pasarannya hampir mencapai $1 trilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat