Lelaki Ini Bimbang dengan Hala Tuju Inflasi Pada Masa Akan Datang

60

Jeffrey Lacker, Presiden Fed Richmond yang biasanya hawkish mengenai keputusan kenaikan kadar mula bimbang tentang hala tuju inflasi pada masa akan datang.

Dalam satu temu bual dengan WCVE, stesyen radio awam di Richmond, Lacker merasakan bahawa Fed perlu lebih agresif dalam menaikkan kadar secara berandur-ansur.

Kebanyakan ramalan mengandaikan bahawa Fed akan menaikkan kadar sebanyak tiga kali bagi tahun 2017.

Dalam masa yang sama, Lacker yang merancang untuk bersara pada 1 Oktober telah beberapa kali sebelum ini mengeluarkan hujah agar Fed menaikkan kadar bagi menghalang kenaikan inflasi.

Jawatankuasa penetapan dasar Fed akan bertemu pada minggu depan bagi memberi petunjuk terhadap pertumbuhan ekonomi semasa.

Dalam mesyuarat terbabit, mereka dijangka akan mengekalkan dasar selepas menaikkan sebanyak suku mata asas pada bulan Disember.

Emas Mencapai Paras Tertinggi dalam Tempoh Dua Bulan Semalam!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat