Emas Mencapai Paras Tertinggi dalam Tempoh Dua Bulan Semalam!

43

Harga emas menambah keuntungan berganda dalam sesi Asia pada Selasa berikutan kebimbangan pasaran terhadap risiko yang berkaitan dengan perubahan dasar perdagangan oleh Trump.

Pasaran menjadi semakin tidak menentu sementara menunggu dasar baru termasuk cukai sempadan yang berpotensi dikenakan ke atas barangan import.

Emas bagi penghantaran Februari di Comex meningkat sebanyak 0.13 peratus kepada $1,217.15 satu troy ounce. Juga di Comex, niaga silver dan copper masing-masing menunjukkan peningkatan dalam sesi ini.

Semalam, harga logam kuning ini melonjak mendadak kepada paras yang paling kukuh dalam tempoh dua bulan kerana junaman yang dibuat oleh US Dollar. Hal ini gara-gara ketidaktentuan dasar ekonomi yang bakal digunakan oleh Donald Trump di dalam pemerintahan beliau nanti.

Dalam masa yang sama, pelabur kekal memberi tumpuan kepada data ekonomi penting yang akan dikeluarkan sepanjang minggu ini bagi menilai pertumbuhan ekonomi semasa.

Data dari AS akan menjadi tumpuan utama kerana laporan yang positif berpotensi menolak kadar ke tahap yang lebih tinggi secara beransur-ansur.

Adakah NAFTA Bakal Mengalami Nasib yang Sama Dengan TPP?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat