Lepas Bursa, Serba Dinamik Nak Saman Siapa Lagi Ni?

1,024

Tidak reda lagi isu Serba Dinamik menyaman KPMG dan Bursa Malaysia, syarikat kejuruteraan awam tersebut telah mengemukakan tindakan undang-undang ketiganya terhadap EY Consulting yang telah dilantik pada Julai untuk menjalankan semakan bebas khas ke atas kewangan syarikat.

Serba Dinamik telah menfailkan saman pemula terhadap EY sebagai usaha untuk menghalang juruaudit tersebut daripada berkongsi sebarang penemuan atau pendapat mengenai syarikat itu.

Serba Dinamik telah mendakwa EY tidak berdaftar dengan Lembaga Pemantauan Audit yang membuatkan mereka bukan juruaudit “bertauliah dibawah Main Market Listing Requirement” dan memohon pengisytiharaan mahkamah berkenaan perkara itu.

Tambahnya lagi, mereka berpendapat EY “tidak mempunyai kebebasan” sebagai ahli gabungan yang bertindak sebagai juruaudit Bursa Malaysia.

Selain itu, Serba Dinamik menuntut pengembalian dan ganti rugi daripada EY dalam tuntutan mahkamah serta memohon injunksi interim untuk menghalang EY daripada berkongsi penemuan mereka kepada mana-mana pihak sementara menunggu pelupusan saman tersebut.

Perbicaraan bagi permohonan tersebut akan diadakan pada 11 November dan pengurusan kes bagi saman tersebut telah ditetapkan pada 17 November.

Sebelum ini Serba Dinamik telah menfaikan saman terhadap KPMG dan Bursa Malaysia atas tuduhan yang hampir sama.

Saham Serba Dinamik telah digantung dagangannya sejak mereka memutuskan untuk tidak mematuhi arahan Bursa yang ingin mendedahkan penemuan yang dikongsi oleh EY semasa mesyuarat pada Oktober.

Kaunter tersebut terakhir didagangkan pada 35 sen pada 22 Oktober dengan permodalan pasaran RM1.3 milion.

Harga saham Serba Dinamik telah merundum sebanyak 78.26% atau RM1.26 sejak isu auditnya bermula pada akhir bulan Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat