Serba Dinamik Mahu Saman Bursa Malaysia!

7,327

Syarikat minyak dan gas negara, Serba Dinamik Holding Bhd mengambil tindakan undang-undang ke atas Bursa Malaysia berkenaan isu bursa saham tersebut yang mengeluarkan arahan untuk menjalankan semakan bebas khas dan mendedahkan keputusan semakan tersebut.

Pada Rabu, 3 November yang lalu, Serba Dinamik memfaikan saman pemula (OS) terhadap bursa saham itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bursa saham dalam responnya berkata mereka tidak akan berundur dan mempertahankan tindakan, peranan serta fungsi berkanun mereka di pasaran. Tambahnya lagi, sebagai pengawal selia barisan hadapan pasaran modal, mereka berhak melaksanakan kuasanya menurut keperluan penyenaraian demi kepentingan mengekalkan pasaran yang teratur dan adil.

Isu diantara Serba Dinamik dan Bursa terjadi apabila syarikat tersebut menyatakan bahawa Bursa tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan syarikat untuk membuat pengumuman mengenai bahan yang yang tidak mungkin mematuhi perenggan 9.03 dan 9.35A MMLR dan sebarang “kemas kini penemuan fakta” yang mungkin atau tidak mungkin digunakan oleh juruauditnya untuk membentuk pendapat audit pada akhir audit penyata kewangan syarikat.

Hasilnya, Serba Dinamik mendapati harga sahamnya menjunam 78% dan menuntut ganti rugi terhadap Bursa. Selain daripada potensi ganti rugi yang akan dinilai dan kos yang mungkin diberikan terhadap Bursa, syarikat itu berkata tindakan undang-undang itu dijangka tidak memberi sebarang kesan kewangan material lain ke atasnya untuk tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun 2022.

Mengimbas isu ini, pada pertengahan Mei, KPMG telah mengeluarkan laporan audit syarikat berkenaan urus niaga berjumlah RM4.54 bilion kepada pengarah bebas syarikat tersebut.

Isu audit berbangkit adalah berdasarkan akaun kewangan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020.

Rentetan daripada itu, Serba Dinamik mengambil keputusan menyaman KPMG dengan dakwaan juruaudit tersebut telah cuai dan melanggar kewajipan kontrak dan berkanunnya.

Saham syarikat kali terakhir didagangkan pada 35 sen sebelum penggantungan dagangan telah jatuh pada RM1.61 sebelum terbitan audit. Kira-kira RM4.6 bilion permodalan pasaran telah hilang berikutan penjualan saham yang besar.

Pemegang saham terbesar Serba Dinamik, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah yang merupakan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulan telah melupuskan keseluruhan pegangannya sebanyak 55.9 juta waran sebelum penggantungan dagangan.

Blok derivatif, yang bersamaan dengan 6.34% daripada jumlah waran telah dijual apabila harga waran berlegar berhampiran paras yang rendah.

Syarikat itu menukar tahun kewangannya kepada berakhir pada 30 Jun. Bagi tempoh kumulatif 18 bulan yang berakhir pada 30 Jun, Serba Dinamik mencatatkan untung bersih RM759.98 juta atau 20.49 sen sesaham, pada hasil RM8.606 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat