Lepas Tesla, SpaceX Pula Akan Terima DOGE Sebagai Pembayaran

402

Individu terkaya dunia, Elon Musk kini merancang untuk membenarkan pembayaran dalam mata wang kripto Dogecoin (DOGE) untuk pembelian barangan syarikat penerokaan angka lepasnya, SpaceX.

Menerusi satu ciapan di akaun Twitternya pada 27 Mei menyatakan bahawa beliau akan menerima DOGE sebagai bayaran untuk barangan SpaceX tidak lama lagi.

Susulan daripada twit Elon Musk itu, harga DOGE telah melonjak sehingga menyentuh harga $0.090 sebelum ia kembali merosot seiring dengan penurunan yang dicatatkan raja kripto, Bitcoin (BTC).

Namun, ia kembali stabil pada Isnin, dengan didagangkan positif pada $0.085, manaka BTC pula stabil pada $30,640 (pada waktu penulisan ini ditulis).

Elon Musk yang sememangnya dikenali sebagai penyokong tegar kripto meme ini, telah menerima DOGE sebagai pilihan pembayaran untuk syarikat kenderaan elektriknya, Tesla pada Januari tahun ini.

Untuk barangan Tesla, pelanggan perlu mempunyai ‘Dogecoin wallet‘ untuk pembelian di Tesla Shop dengan menggunakan DOGE. Ia merupakan aplikasi atau platform yang menyokong pemindahan koin itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat