Letupan Di Beirut Cetus Kebimbangan, Komoditi Hitam Turut Terkesan!

570

Letupan di Lebanon, yang disebabkan oleh bahan letupan sangat tinggi di bandar Beirut telah mengakibatkan puluhan nyawa terkorban dan ribuan mengalami kecederaan sedikit sebanyak turut mempengaruhi dagangan komoditi hitam hari ini.

Hal ini kerana, ia telah menimbulkan kebimbangan terhadap ketidakstabilan baru di Timur Tengah, yang juga merupakan salah satu pengeluar minyak terbesar dunia.

Ia hadir ketika negara itu mengalami krisis kewangan dan ekonomi terburuk, malah ia juga sedang berunding dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk membuat pinjaman sebanyak $10 bilion.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat mengukuh pada $41.73 setong, sementara minyak mentah Brent pula menokok kepada $44.52 setong.

Sementara itu, bekalan minyak mentah AS terus mencatatkan kemerosotan pada minggu lalu, menurut data yang dilaporkan oleh Institu Petroleum Amerika (API) yang menunjukkan kejatuhan sebanyak 8.59 juta tong.

Hal ini sekali gus mendorong peningkatan bagi dagangan komoditi hitam untuk diniagakan menguat pada sesi pasaran hari ini.

Sementara itu, data oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) pula akan menyusul pada malam ini yang dijangka akan merosot sebanyak 3.4 juta tong setelah jatuh 10.6 juta tong pada minggu sebelumnya.

Walau bagaimanapun, peningkatan dagangan ini tetap dibataskan oleh angka kes coronavirus yang masih mencatatkan kenaikan di Amerika Syarikat, di mana lebih 1,000 kematian telah direkodkan setiap hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat