Libya Pula Hentikan Pengeluaran, Makin Tinggi La Harga Minyak!

1,104

Komoditi hitam melanjutkan kenaikannya pada pembukaan awal minggu susulan kemungkinan sekatan Eropah terhadap minyak Rusia dan penggantungan pengeluaran minyak oleh Libya.

Pada minggu lalu, Kesatuan Eropah (EU) memberitahu bahawa mereka sedang merangka cadangan untuk mengharamkan minyak mentah Rusia, tetapi para diplomat mengatakan Jerman tidak menyokong sekatan segera dilaksanakan.

Ketegangan semakin meningkat pada hujung minggu, di mana tentera Ukraine menolak gesaan Rusia untuk meletakkan senjataan pada hari Ahad di pelabuhan Mariupol yang hancur.

Sementara itu, Libya menghentikan pengeluaran minyak dari ladang minyak El Feel pada Ahad dan eksport ke pelabuhan minyak Zuetina telah digantung selepas penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Abdulhamid al-Ddeibah meletakkan jawatan.

Pemberhentian operasi di EL Feel dan Zuetina akan melumpuhkan pengeluaran minyak Libya yang berpurata 1.21 juta tong sehari sebelum konflik terjadi. Susulan itu, pengeluaran negara dihadkan sebanyak 70,000 tong sehari.

Menjelang penghujung sesi Asia, niaga hadapan minyak Brent didagangkan kukuh pada sekitar harga $112 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat stabil pada $103 setong.

Turut menyokong harga adalah bacaan positif dalam pertumbuhan China pada suku pertama yang menunjukkan ekonomi gergasi kedua di dunia itu terus berkembang meskipun berdepan ancaman penularan Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat