Licik! Lepas Ke Dubai, Do Kwon Sembunyi Di Lokasi Ini Pula!

322

Selepas dikesan menetap di Singapura, pengasas Terraform Labs Do Kwon dilaporkan melarikan diri melalui Dubai ke lokasi yang tiada sesiapa dapat menjejakinya.

Hal ini berikutan kerana pihak berkuasa Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap Kwon dan 5 eksekutif Terra lain selepas pasukan penyiasat negara tersebut bertindak menjejaki beliau di Dubai dan negara-negara sekitarnya.

Secara umumnya, pihak pendakwa telah melaksanakan penyiasatan mendalam berkaitan mata wang kripto Terra Luna serta pasukannya.

Manakala pihak berkuasa penyiasat mengemukakan informasi terbaru tentang perkembangan siasatan dan lokasi Do Kwon yang dikatakan berjaya keluar dari wilayah Dubai ke negara Eropah secara senyap.

Buktinya, beliau telah menyembunyikan diri di Eropah dengan memegang pasport yang tidak sah, malah Kwon juga tidak mampu bergerak secara bebas sungguhpun berhasrat menyelinap secara sembunyi di negara lain susulan beliau kini adalah berstatus pendatang tanpa izin.

Sementara itu, perbualan peribadi antara Do Kwon dan seorang pekerja Terra berjaya dikenalpasti oleh pendakwa raya Korea Selatan yang mengatakan bahawa Kwon mengarahkan pekerja itu memanipulasi harga pasaran LUNA.

Walaupun informasi berikut tidak didedahkan sehingga kini, tetapi pegawai pejabat pendakwaan menegaskan bahawa perbualan tersebut jelas menampakkan niat Kwon yang ingin menipu harga aset digital tersebut.

Sungguhpun begitu, Do Kwon tetap berkomunikasi bersama komuniti Terra melalui akaun Twitter miliknya dengan menyebut bahawa beliau telah memikirkan pelbagai idea untuk membangunkan semula syarikatnya.

Setakat penulisan ini, harga Terra Luna kini berlegar-legar pada zon $2.37 dalam tempoh 24 jam lalu manakala Terra Classic (LUNC) pada harga 0.0002209.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat