Lima News Besar Tumpuan Pasaran Forex Pada Minggu Ini (12 – 16 Feb)

1,328

Bacaan inflasi akan menjadi tumpuan pasaran kewangan global pada minggu ini khususnya bacaan yang akan diumumkan oleh Amerika Syarikat, UK, dan Jerman. Kenapa inflasi penting? Kerana bacaan inflasi adalah faktor utama penentuan polisi monetari oleh bank pusat khususnya The Fed, BoE dan ECB. Jika inflasi meningkat terlalu pantas, bank pusat akan cuba mengimbangi atau menghalang peningkatan berterusan dengan menaikkan kadar faedah yang menjadikan kos meminjam wang semakin tinggi.

Perkembangan terbaru menunjukkan bank-bank pusat utama kini bergerak ke arah pengetatan polisi di mana Federal Reserve telah memulakan pengetatan sejak hujung tahun 2015. Kenaikan inflasi jelas di beberapa ekonomi utama dunia sehingga menyebabkan kejatuhan dalam pasaran bon yang menjadikan kadar faedah jangka panjang melonjak sejak beberapa minggu ini.

Pasaran saham Eropah juga mendapat tempias daripada kejatuhan Wallstreet sehingga menyebabkan tekanan kepada matawang Euro. Ucapan Mario Draghi minggu lalu tidak banyak membantu matawang Euro. Matawang Euro terus mengalami kejatuhan selepas mencapai paras tertinggi di 1.2500 dua minggu lalu.

Berikut adalah data tumpuan pasaran forex pada minggu ini:

#1 Data inflasi Amerika Syarikat (Rabu)

Data inflasi (CPI) akan dikeluarkan pada Rabu pukul 9.30 malam. Pasaran menjangka kenaikan CPI sebanyak 0.3% lebih tinggi daripada bacaan Disember 0.1%. Bacaan Core-CPI pula dijangka naik 0.2%. Bacaan teras (Core-CPI) dilihat sebagai data yang lebuh tepat bagi mengukur tahap kenaikan harga kerana ia tidak mengambil kira harga barangan yang volatile seperti makanan dan tenaga. Kenaikan inflasi sudah tentu akan menjadi pemangkin kepada pengetatan polisi monetari yang lebih pantas dan sudah tentu akan mengukuhkan US dolar.

#2 Data inflasi United Kingdom (Selasa)

Data ini akan dikeluarkan pada Selasa pukul 5.30 petang. Selepas komen hawkish Bank of England (BoE) minggu lalu, potensi kenaikan kadar faedah untuk bulan Mei akan datang semakin meningkat. Walaubagaimanapun, ia akan banyak bergantung kepada bacaan inflasi semasa di mana penetapan polisi masih lagi bergantung kepada data-data ekonomi seperti yang ditegaskan oleh BoE. Jangkaan untuk data kali ini adalan kenaikan 2.9% berbanding 3% yang dicatat pada Disember.

#3 Data pertumbuhan ekonomi Zon-Eropah (Rabu)

Data ini akan dikeluarkan pada Rabu pukul 6 petang, di mana terlebih dahulu data-data pertumbuhan ekonomi Jerman, Perancis dan Belanda akan dikeluarkan. Selain itu, data inflasi Jerman juga akan dikeluarkan pada Rabu pukul 3 petang di mana bacaan dijangka mengesahkan bacaan awal yang dikeluarkan bulan lalu iaitu kenaikan 1.6%.

#4 Data pekerjaan Australia (Khamis)

Australia akan mengeluarkan data ini pada Khamis pukul 8.30 pagi. Australia dijangka merekodkan tambahan pekerjaan sebanyak 15,200 di mana sebelum ini pada Disember 34,700 pekerjaan dicatatkan. Minggu lalu, RBA (Reserve Bank of Australia) mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% dengan kenyataan dovish oleh bank pusat.

#5 Data jangkaan inflasi New Zealand (Rabu)

Inflasi (CPI) tahunan pada Disember kurang daripada jangkaan iaitu 1.6% yang disebabkan kelemahan dalam harga barangan pembuatan. Walaubagaimanapun, RBNZ mengatakan tren CPI adalah meningkat ke arah sasaran 2%. Dengan data inflasi yang kurang daripada jangkaan, bank pusat menurunkan jangkaan inflasi di masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat