Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

39

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Pasaran saham Asia ditutup bercampur-campur. Nikkei naik 0.60% berikutan faktor kelemahan Yen, manakala  Indeks Komposit Shanghai susut 0.50%.

2) Indeks US Dolar mencapai paras tertinggi sebulan lepas. US dolar ketika ini sedikit mengalami kerugian berbanding enam matawang utama yang lain. Indeks US dolar kali terakhir dilihat berada di sekitar 101.18 selepas melonjak Jumaat lepas.

3) Minyak Brent (Brent-oil) masih kekal di atas paras $55 setong. Harga minyak mentah dunia hampir mencapai paras tertinggi bulan lepas berikutan risiko geopolitik, walaupun data terbaru dari Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan bekalan dari negara tersebut.

4) Ucapan Pengerusi Fed Janet Yellen di Universiti Michigan akan berlangsung pada awal pagi Selasa pukul 4.10 a.m. Komen beliau akan diperhatikan secara teliti khususnya tentang pendirian semasa polisi monetari dan kenaikan kadar faedah tahun ini. Yellen juga dijangka akan dihujani soalan tentang perancangan pengurangan pegangan aset yang berjumlah $4.5 trillion.

5) China akan menawarkan akses pasaran yang lebih baik kepada pentadbiran Trump bagi sektor kewangan dan eksport daging lembu segar AS bagi membantu mengelakkan perang perdagangan terhadap kedua-dua negara terbabit. China juga dilaporkan telah bersedia untuk menaikkan siling pelaburan di dalam perjanjian dua hala antara AS dan China dan menamatkan pengharaman import daging lembu import AS.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat