Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

53

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

1. US Dolar meneruskan kenaikan pada Rabu apabila jangkaan pasaran semakin kuat untuk The Federal Reserve mendapat pengerusi baru yang lebih hawkish. Malam ini tumpuan pasaran akan terarah kepada ucapan daripada dua ahli The Fed iaitu Robert Kaplan dan William Dudley.

Pasaran ketika ini melihat potensi kenaikan kadar faedah The Fed pada Disember meningkat ke paras di atas 90% apabila pada Isnin hanya berada di sekitar 80%.

2. Pasaran saham global didagang lebih tinggi dengan pasaran hadapan saham US menunjukkan kenaikan. Dow Jones pada Selasa merekod nilai tertinggi terbaru ke paras 23,000 mata di mana S&P500 hampir mencapai paras tertinggi. Indeks saham Eropah hari ini juga dibuka lebih tinggi di mana indeks Spanyol IBEX susut dengan kebimbangan menjelang Khamis untuk Puigdemont memberikan kata putus sama ada beliau telah mengisytiharkan kemerdekan Catalan atau tidak.

3. Harga minyak mentah dunia bergerak menuju paras tertinggi tiga minggu lalu berikuta ketegangan yang berterusan di Iraq. Pasaran juga akan fokus kepada data inventori minyak mentah malam ini pukul 10.30 pm.

4. Xi Jinping Presiden China membentangkan hala-tuju negara ekonomi kedua terbesar dunia itu hari ini. Dari segi ekonomi, segalanya positif bagi ekonomi dunia. Antara isyarat positif adalah, China akan membuka ekonominya dengan lebih besar dan fokus kepada pendekatan ekonomi sebelah penawaran yang mengurangkan cukai dan juga mengurangkan regulasi.

5. Antara tumpuan pada Khamis adalah keputusan First Party sama ada akan menyertai Nasional atau Buruh. Seperti semua maklum, pemilihan Parti Buruh adalah satu ketidaktentuan politik di negara ini yang juga akan memberi risiko ke bawah kepada matawang Kiwi. Sebaliknya, jika First Party memilih Nasional, Kiwi akan mengukuh kerana Bill English akan terus mengemudi pentadbiran kerajaan New Zealand.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat