Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

63

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

Pengumuman polisi Bank of England
  • Bank of England (BoE) akan mengumumkan polisi monetari terkini pukul 8 malam ini. Jika jangkaan pasaran sebelum ini benar, maka bank pusat akan menaikkan kadar faedah kepada 0.50% yang merupakan kenaikan pertama sejak 10 tahun lalu.
  • Konsensus (jangkaan) adalah kadar dinaikkan dari 0.25% dengan penganalisis menjangka ia diundi dengan 6-3.
  • Gabenor Carney akan menjalankan sidang media setengah jam selepas pengumuman kadar di mana kita akan mendapat lebih banyak maklumat dan isyarat halatuju monetari BoE.
Trump dijangka menamakan Powell sebagai Pengerusi The Fed
  • Pasaran keseluruhannya menjangka Trump akan memilih Powell. Sejak daripada minggu lepas lagi Powell dilihat sebagai calon yang berpotensi berbanding Taylor (hawkish).
  • Powell dilihat lebih sesuai dengan polisi fiskal kerajaan US ketika ini. Trump juga dilihat lebih cenderung kepada Powell berbanding Taylor.
  • The Fed pagi tadi mengekalkan kadar faedah di paras 1.25% yang sememangnya telah dijangka oleh pasaran. Bank pusat US ini akan bermesyuarat sekali lagi pada Disember.
Pengenalan rang undang-undang percukaian
  • Republikan dijangka akan mengeluarkan rang undang-undang percukaian di House of Representative selepas penangguhan pada Rabu. Selepas penagguhan tersebut, pembuat polisi akan membentangkan pengurangan $6 trillion cukai di US. Namun, Republikan dijangka tidak menerangkan secara lanjut tentang bagaimana pengurangan ini akan diimbangi.
  • Rang undang-undang ini akan dikeluarkan pada pukul 9 malam ini waktu Malaysia.
Tumpuan kepada US Dolar dan GBP
  • Dengan berita-berita penting daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom malam ini, tumpuan sudah tentu terarah kepada matawang GBP dan USD.
  • Pasangan matawang GBP/USD malam ini sudah tentu bergerak volatile jika terdapat ‘divergence’ untuk kedua-dua matawang ini.
Bitcoin melonjak ke paras $7,000
  • Matawang Crypto mencapai paras tertinggi $7,000 buat kali pertama selepas beberapa kali menembusi paras harga signifikan sebelum ini.
  • Bitcoin mendapat pemangkin baru apabila salah satu operator pasaran hadapan (futures market) mahu melancarkan niaga-hadapan Bitcoin (Bitcoin futures). CME (Chicago Mercantile Exchange) kini menunggu kelulusan daripada regulator di Amerika Syarikat.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat