Logam Sensitif Ini Menyembah Bumi Gara-Gara Kenyataan Trump

45

Harga emas menjunam dalam sesi Asia pada Jumaat selepas Presiden Donald Trump kekal menghormati dasar “One China” yang mengiktiraf Taiwan sebagai sebahagian dari wilayah “One China”.

Emas bagi di Comex menjunam sebanyak 0.893 peratus satu troy ounce. Dalam masa yang sama, silver futures dan copper futures masing-masing menunjukkan junaman sebanyak 0.87 peratus dan 0.15 peratus dalam sesi ini.

Semalam harga emas sedikit melonjak berikutan kebimbangan berterusan terhadap risiko politik di Eropah dan ketidaktentuan ekonomi di Amerika Syarikat.

Ketidaktentuan politik di Eropah akan memberi ruang untuk emas bangkit sejak akhir-akhir ini. Undian minggu ini telah menunjukkan bahawa Chanselor Jerman agak ketinggalan dari segi undian berbanding dengan calon Demokrat dalam pilihanraya yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan September.

Undian turut menyaksikan Marine Le Pen berikrar untuk menarik keluar Perancis keluar dari Zon Euro.

Dalam masa yang sama, ketidaktentuan politik ini ditambah dengan ketidakpastian tarikh pilihanraya yang dijadual akan diadakan di Belanda dan juga Itali.

Pelabur juga sedang membuat spekulasi mengenai prospek kenaikan kadar yang seterusnya dari bank pusat AS dengan jangkaan 10 peratus pada bulan Mac dan 60 peratus lagi pada bulan Jun.

Fed kali terakhir menaikkan kadar pada bulan Disember dengan unjuran kenaikan sebanyak 3 kali lagi pada tahun ini. Bagaimanapun, peniaga kekal dalam mode berhati-hati dengan hanya meletakkan dua kali jangkaan kenaikan pada tahun ini.

Pengerusi Fed iaitu Janet Yellen akan membentangkan laporan setengah tahun kepada Jawatankuasa Perbankan Senat minggu depan.

Emas merupakan komoditi yang agak sensitif dengan kadar kerana sebarang kenaikan akan meningkatkan kos untuk memiliki logam kuning.

White House Mengesahkan Bahawa Trump Akan Menghormati Dasar “One China”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat