Lonjakan Matawang Ini Ada Kaitan Dengan Kemenangan Macron

71

Euro melonjak ke paras tertinggi pada awal sesi Asia pada hari Isnin apabila pelabur mengaut keuntungan selepas lonjakan matawang berkenaan selepas kemenangan Emmanuel Macron di dalam pilihanraya Presiden Perancis.

Kemenangan Macron mengalahkan seteru kuatnya, Le Pen sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada pelabur selepas Le Pen memberi ancaman untuk membawa Perancis keluar dari Kesatuan Eropah.

Macron muncul sebagai pilihan majoriti lebih besar dari jangkaan dengan peratusan undi sekitar 65.5 peratus berbanding Le Pen 34.5 peratus.

Euro telah berada dalam aliran meningkat menjelang hari pilihanraya setelah pelabur mula meletakkan kemenangan di pihak Macron.

Menurut Ketua Strategi Matawang di Mizuho Securities iaitu Masafumi Yamamoto, Euro sudah pun melonjak seiring dengan jangkaan kemenangan Macron.

Pada awal sesi dagangan Asia, Euro telah melonjak setinggo $1,1024 iaitu paras tertinggi sejak 9 November. Kemudian, matawang ini menyusut kepada $1.0986 berbanding US Dollar dengan penurunan 0.1 peratus.

Sementara itu, US Dollar didagang stabil kepada 112.79 berbanding Yen selepas melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh minggu.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback kali terakhir dinilai lebih tinggi sedikit kepada 98.673.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat