Loonie Kembali Disokong Pasaran Minyak Yang Positif, USD/CAD Ditekan Ke Paras Lebih Rendah

963

Matawang dolar Kanada disokong oleh kenaikan pada harga minyak mentah yang merupakan eksport utama Kanada selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengatakan bahawa beliau menjangkakan rundingan antara Arab Saudi dan Rusia akan dicapai secepat mungkin.

Sebelum ini, dua negara pengeluar terbesar minyak dunia itu mencetuskan perang harga setelah perbincangan OPEC+ dalam rancangan pengurangan pengeluaran minyak mentah gagal dipersetujui.

Arab Saudi dilaporkan telah pun meningkatkan pengeluaran minyak mentah mereka sehingga 12 juta tong sehari dan kebimbangan ini telah mendesak Presiden Trump untuk campur tangan.

Harapan terhadap keputusan rundingan yang positif telah kembali menyokong pasaran minyak mentah namun pelabur tetap kekal berwaspada.

Jika diperhatikan pergerakan harga bagi carta pasangan matawang USD/CAD untuk minggu ini, dagangan pada Selasa mempamerkan pergerakan paling besar di mana setelah harga mencapai paras tertinggi mingguan sekitar 1.4350, harga kembali membuat penurunan sehingga 330 pips lebih rendah semula.

Namun pada dagangan Rabu semalam, harga kembali pamerkan kenaikan bermula pada sesi Asia sehingga ke paras 1.42700 sebelum harga menutup dagangan di paras lebih rendah.

Sesi dagangan hari ini pula menyaksikan pergerakan lebih perlahan harga dengan penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat awal trend bearish.

Penurunan harga dijangka akan menuju paras terendah mingguan yang dicecah pada Selasa lalu dan juga zon support di bawah paras 1.4000.

Penurunan yang berjaya diteruskan berkemungkinan akan menuju paras support lebih rendah sekitar 1.3750.

Namun jika harga membuat kenaikan semula, paras ketinggian harian semalam pada 1.4270 akan diuji sebelum menuju paras ketinggian mingguan pada 1.4350.

Kenaikan melepasi paras-paras tersebut akan memberikan isyarat perubahan trend bullish harga pada carta USD/CAD.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat