Arab Saudi Dan Rusia Akan Kembali Berunding?

922

Bekalan minyak mentah Arab Saudi meningkat pada hari Rabu kepada 12 juta tong sehari walaupun terdapat pengurangan permintaan disebabkan oleh wabak coronavirus dan menerima tekanan dari AS ke atas kerajaan.

Memetik kepada kenyataan daripada dua sumber industri, memberitahu bahawa syarikat minyak negara, Saudi Aramco telah meningkatkan pengeluarannya ke kapasiti maksimum 12 juta tong sehari.

Pembekalan kepada pasaran sama ada di dalam negeri dan untuk eksport, mungkin berbeza daripada pengeluaran bergantung kepada jumlah yang diambil dari penyimpanan. Arab Saudi mempunyai ratusan juta tong minyak mentah di dalam kerajaan dan di luar negeri.

Sementara itu dalam laporan berasingan, Presiden AS Donald Trump berkata bahawa beliau telah bercakap dengan pemimpin Rusia dan Arab Saudi baru-baru ini, dan percaya dua negara itu akan mencapai kesepakatan untuk menamatkan perang harga mereka dalam beberapa hari lagi.

Harapan untuk melihat Arab Saudi dan Rusia ke meja rundingan kembali mengangkat niaga harga minyak mentah Brent untuk meningkat lebih 5% kepada $26.18 setong dan WTI Amerika Syarikat kepada $21.26.

Selain itu, beliau turut memaklumkan telah menjemput pengarah syarikat-syarikat minyak di Amerika ke White House untuk membincangkan langkah untuk menyokong industri yang terjejas akibat kejatuhan permintaan dan perang harga Arab Saudi dan Rusia.

Dalam pertemuan yang akan datang bersama syarikat tersebut, Trump dijangka membincangkan mengenai pelbagai langkah untuk membantu industri, termasuk kemungkinan pelaksanaan tarif import minyak dari Arab Saudi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat