Lupakan Fed, Semua Mata Kini Pada Mesyuarat Polisi BOE!

625

Pegangan terhadap US dolar terus dilepaskan ketika sesi Eropah walaupun Federal Reserve (Fed) memberi isyarat hawkish untuk bertindak lebih agresif pada masa akan datang setelah menaikkan kadar faedahnya.

Dalam langkah pertama kali sejak 2018, Fed meningkatkan kadarnya kepada 0.50% dan turut memberi indikasi untuk enam lagi kenaikan pada tahun ini bagi membendung inflasi yang tinggi.

Namun, disebabkan pelabur telah meletakkan posisi lebih awal dan langkah Fed menepati jangkaan, dagangan US dolar merosot rendah susulan keputusan tersebut.

Tumpuan pelabur kini beralih kepada mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) yang akan berlangsung pada malam ini, di mana ia dijangka akan meningkatkan kadar sekali lagi sebanyak 25 mata asas kepada 0.75%.

Jangkaan ini sekali gus telah mendorong dagangan mata wang pound untuk meningkat lebih tinggi, membawanya menghampiri paras harga 1.3200 berbanding US dolar yang merosot.

Bagaimanapun, pelabur tetap berhati-hati memandangkan sebelum ini BOE pernah memberi petunjuk untuk mula memperlahankan pengetatan dalam dasar monetari mereka setelah dua kali menaikkan kadar.

Selain itu, mata wang euro kekal stabil setelah meraih manfaat daripada penyusutan US dolar, dengan tumpuan pelabur turut disasarkan kepada ucapan presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde pada sesi Eropah.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi masih mengekalkan keuntungan yang diraih daripada bacaan data pekerjaan Australia dan pertumbuhan ekonomi New Zealand yang memberangsangkan.

Dolar loonie juga mengukuh, disokong oleh data inflasi Kanada yang lebih kukuh daripada dijangkakan dengan meningkat ke paras tertinggi lebih 30 tahun pada bulan Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat