Ketika Demokrat bersedia untuk bergerak maju dalam pelan rangsangan fiskal $1.9 trilion secepatnya minggu ini, 10 wakil Republikan Senat telah meminta untuk bertemu Presiden Joe Biden bagi mengusulkan cadangan alternatif yang dikatakan akan mendapatkan kelulusan Kongres dengan sokongan bipartisan.
Pada hari Ahad, wakil Republikan Senat telah mengutuskan surat kepada Biden yang mengatakan bahawa rancangan bantuan alternatif mereka akan merangkumi $160 bilion untuk vaksin dan langkah-langkah kesihatan awam serta lebih banyak bantuan bagi perniagaan kecil dan dana untuk sekolah.
Secara keseluruhannya, rancangan bantuan ekonomi yang bakal diusulkan dianggarkan bernilai $600 bilion, iaitu kira-kira satu pertiga daripada kos rancangan Biden.
Penasihat ekonomi utama Biden, Birian Deese memberitahu bahawa pentadbiran kini sedang mempertimbangkan surat itu dan mengulangi White House terbuka untuk menerima idea dari sesiapa sahaja tetapu turut menambah presiden tidak akan berkompromi sekiranya keadaan terdesak untuk segera meluluskan bantuan baru .
Dorongan untuk cadangan alternatif mencerminkan keprihatian di kalangan penggubal undang-undang, termasuk kumpulan bipartisan bahawa nilai pakej rangsangan $1.9 trilion Biden terlalu besar dan beberapa peruntukan tertentu perlu dikurangkan bagi menurunkan kos.