Mahal Sangat! Inflasi Makanan New Zealand Melonjak Ketara

368

Pembeli mungkin terpaksa berjimat untuk membeli makanan di New Zealand yang kini mengalami kenaikan tahunan terbesar harga makanan dalam tempoh 13 tahun.

Data terbaharu daripada Statistik New Zealand menunjukkan harga makanan telah meningkat sebanyak 8.3% hingga Ogos, peningkatan tahunan terbesar sejak krisis kewangan global pada 2009.

Jurucakap Statistik NZ mengatakan peningkatan harga untuk telur, yogurt dan keju cheddar adalah pemacu utama dalam lonjakan makanan runcit.

Seperti kebanyakan negara, inflasi melambung tinggi di New Zealand dengan indeks harga pengguna (CPI) berada pada 7.3%, tertinggi 32 tahun.

Harga makanan runcit naik 8.7% sepanjang tahun, daging dan ikan meningkat 7.6%, manakala tomato telah melonjak 162.2% dan harga mentega pula canak 103%.

Inflasi yang didorong oleh banyak faktor seperti tindak balas monetari terhadap Covid-19, masalah gangguan bekalan global dan perang Rusia di Ukraine, telah mencetuskan lonjakan kos sara hidup di New Zealand.

Bagaimanapun di sisi lain, ia adalah berita baik buat pengeksport New Zealand yang telah menikmati keuntungan bernilai $NZ2.8 bilion sepanjang tahun lalu.

Statistik NZ berkata jumlah nilai eksport susu tepung, mentega dan keju meningkat sebanyak 17% pada tahun berakhir Julai 2022, kepada $NZ18.8 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat