Mahu Lancarkan Bursa Kripto & Bitcoin (BTC), Hatten Land Umum Kerjasama Dengan Hydra X!

1,085

Dalam perkembangan terbaru hari ini, Hatten Technology telah menjalin kerjasama (joint venture, JV) dengan syarikat fintech Singapura, Hydra X untuk memperkenalkan dan mengoperasikan bursa matawang kripto.

Kewujudan bursa kripto di Singapura dan Malaysia akan menfokuskan kepada penyenaraian dan perdagangan Bitcoin (BTC).

Jelas Hatten Land, mereka menekankan kepada perdagangan BTC tanpa rekod transaksi dan dianggap “pristine” atau “baharu”, mendorong kepada nilai yang lebih tinggi.

Beberapa aspek yang penting telah diperkenalkan oleh syarikat ini termasuklah:

  • Penghasilan Bitcoin lebih bersifat mesra alam dengan sumber yang boleh diperbaharui.
  • Hatten Land mendapatkan keuntungan melalui penawaran perkhidmatan perlindungan kepada matawang kripto dan token yang diperdagangkan.
  • Perancangan terhadap pembangunan ‘metaverse’ Melaka bagi tujuan pembinaan sistem token, termasuk penciptaan aset digital dan non-fungible token (NFT).
  • Kerjasama dengan beberapa rakan kongsi untuk memasangkan panel solar di bumbung bagi setiap pusat beli-belah. Dijangka akan terus mengembangkan kemudahan fotovoltaik solar berskala besar berketinggian 100MW.
  • Aset digital yang berasaskan Hatten Land juga akan diperkenalkan di bursa terbaru itu.

Kerjasama ini merupakan inisiatif terbaru yang diambil Hatten Land untuk memanfaatkan semula kewujudan pusat beli-belah di Melaka dan menyasarkan pertumbuhan ekonomi digital.

Pada masa yang sama, Hatten Land akan memiliki 60% pegangan ekuiti dan 40% pula akan dimiliki oleh Hydra X.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $60,307.30, susut lebih 2% dalam 24 jam.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat