Maka Makin Ramailah Pelabur Borong Emas!

8,571

Emas sedikit meningkat pada sesi dagangan Asia dengan pergerakan harga masih berlegar di sekitar paras terendah sembilan bulan pada sesi sebelum ini.

Spot emas diniagakan positif pada $1,688 per auns, sementara niaga hadapan emas pula berlegar di sekitar paras harga $1,686 per auns (12.30 tengahari waktu Malaysia).

Penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun sedikit susut pada 1.568%, selepas melonjak ke tahap tertinggi satu tahun, menyebabkan dagangan dolar greenback turut mengurangkan keuntungan berbanding pesaing utamanya

Bagaimanapun, raja matawang itu masih didagangkan menguat di sekitar paras ketinggian 3 setengah bulan berbanding kebanyakan matawang utama mengakibatkan peningkatan harga emas terbatas dan pergerakan harga di bawah tekanan.

Pasaran masih optimis terhadap pemulihan ekonomi yang kuat, lebih-lebih lagi selepas pakej rangsangan bernilai $1.9 trilion oleh Presiden Joe Biden diluluskan oleh Senat pada hujung minggu lalu.

Emas telah jatuh 8% pada tahun ini berikutan jangkaan pemulihan ekonomi global yang disokong oleh pelancaran vaksin Covid-19 di seluruh dunia dan pakej rangsangan oleh kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat