Makin Canggih, Rasuah Di Malaysia Sekarang Dah Guna Kripto!

1,609

Perubahan teknologi dalam tempoh lima tahun akan datang bakal menjadikan kes rasuah di Malaysia lebih rumit susulan transaksi yang dibuat melalui mata wang kripto.

Menurut Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa kini rasuah dibayar menggunakan mata wang kripto yang membuatkan sesuatu transaksi sukar untuk dikesan dan penyelesaian kes semakin rumit.

Tambahnya lagi SPRM dan Bank Negara sedang mencari cara bagi mengesan pembayaran rasuah melalui dunia maya agar aktiviti pencegahan seiring dengan perubahan zaman dan teknologi.

Oleh demikian, SPRM perlu mempertingkatkan lagi penguatkuasaan dalam memainkan peranan dalam pencegahan, penguatkuasaan dan pendidikan dalam negara.

Sementara itu, pekerja disarankan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan berkaitan mata wang kripto supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi, pembangunan atau modus operandi penjenayah.

Difahamkan, SPRM mesti meneliti perkara yang memudaratkan serta memberi kesan kepada masyarakat dari sudut ekonomi dan sosio budaya demi menjadi badan pencegah rasuah yang disegani.

Beliau juga menegaskan sesungguhnya sukatan pelajaran anti rasuah di institusi pengajian mungkin tidak relevan untuk masa hadapan kerana akan berlakunya perubahan dalam teknologi, pemikiran generasi baharu dan sebagainya.

Disebabkan itu beliau harus sentiasa berfikiran seperti generasi muda agar dapat mengkaji dengan lebih mendalam bagi mencegah aktiviti rasuah tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhanjaya SPRM menggariskan tugasnya adalah untuk menyiasat dan membawa kertas siasatan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum AGC akan menilai dan membuat keputusan selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat