Makin Gawat! Microsoft Bakal Buang Lebih Ramai Pekerja

121

Microsoft Corp sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan kira-kira 5% daripada tenaga kerjanya iaitu sekitar 11,000 pekerja dalam syarikat itu.

Menurut laporan Bloomberg, syarikat itu merancang untuk mengurangkan bilangan bahagian kejuruteraan dalam pusingan baru pemberhentian.

Ini menjadikan Microsoft menyertai gergasi teknologi lain yang telah mengumumkan pemberhentian pekerja sebagai tindak balas kepada permintaan yang perlahan dan kemerosotan ekonomi.

Terdahulu pada bulan Oktober, syarikat itu telah memberhentikan kira-kira 1,000 pekerja di beberapa bahagian di mana ia memberi kesan kepada hampir 1% tenaga kerjanya.

Firma gergasi perisian itu memiliki 221,000 pekerja sepenuh masa, termasuk 122,000 di Amerika Syarikat dan 99,000 di peringkat antarabangsa, setakat 30 Jun.

Seperti yang dilaporkan Reuters, Microsoft kini berdepan tekanan untuk mengekalkan kadar pertumbuhan pada unit cloud Azure, selepas beberapa suku kemerosotan dalam pasaran komputer peribadi menjejaskan jualan Windows dan peranti.

Microsoft dijadualkan untuk mengemukakan keputusan suku tahunannya pada 24 Januari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat