Gila-Gila! Microsoft Buang 1,000 Pekerja! Apa Yang Berlaku?

319

‘Keadaan tidak mengizinkan di seluruh dunia membuatkan syarikat mengambil keputusan sukar.’

Microsoft Corp dilihat terus diapit tekanan kelembapan ekonomi apabila terpaksa membuat keputusan untuk menghentikan hampir 1,000 pekerjanya.

Menurut sumber dalaman, Microsoft mendahului senarai syarikat teknologi dalam membuat keputusan untuk membuang pekerja dan mengurangkan pengambilan buruh disebabkan faktor kelembapan ekonomi global.

Setakat 30 Jun lalu, Microsoft dikatakan telah membuang hampir 1% tenaga kerjanya dan kini memiliki sekitar 221,000 orang sahaja.

Ulas jurucakap syarikat, Microsoft sama seperti syarikat lain yang terpaksa mengambil keputusan terbaik dengan terpaksa mengurangkan tenaga kerja bagi mengimbangi perniagaan.

Turut mengiringi keputusan tersebut adalah pengumuman pengurangan kadar pengambilan pekerja baru dalam syarikat yang dijangka berlarutan sehingga hujung tahun.

Sebagai rekod, syarikat-syarikat teknologi termasuk Meta Platform Inc sehingga ke Snap Inc terpaksa mengambil keputusan untuk membuang atau menghentikan pengambilan pekerja bagi mengimbangi impak kelembapan ekonomi.

Faktor kadar inflasi yang tinggi sehingga mendorong kenaikan kadar agresif dan merisikokan kemelesetan telah menjadi punca utama syarikat-syarikat bergelut dengan pertumbuhan ekonomi yang lemah.

Selain itu, krisis perang di Eropah yang menyebabkan isu bekalan serta sekatan di China mengeruhkan lagi prospek pertumbuhan ekonomi.

Dalam pada itu, Microsoft dijangka mengeluarkan laporan pendapatan korporatnya pada minggu depan sementara saham syarikat naik 0.41% pada $238.50 semasa berita ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat