Makin Kritikal, Mampukah Zon Support $1.1700 Pada EUR/USD Bendung Kejatuhan Harga?

523

Selepas US dolar susut ekoran data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan lemah, namun menuju dagangan penghujung minggu menyaksikan prestasi US dolar mula pulih kembali susulan data indeks harga pengeluar AS yang diterbitkan pada sesi New York semalam lebih baik berbanding jangkaan penurunan.

Pelabur juga mula memantau maklumat tinjauan oleh Reuters yang melihatkan majoriti menjangka Federal Reserve (Fed) bakal mengumumkan rancangan pengurangan pembelian bon (tapering) pada mesyuarat September nanti.

Faktor ini sedikit sebanyak telah membantu memberi sokongan semula terhadap pergerakan US dolar dalam pasaran.

Beberapa mata wang masih bertahan menerima tekanan awal oleh US dolar, namun kebanyakannya kembali kecundang dan mencatatkan penyusutan nilai berbanding US dolar.

Namun, pada carta harga pasangan EUR/USD, mata wang Euro nampaknya dilihat masih berjaya membendung kemaraan US dolar dengan memaparkan pergerakan mendatar sepanjang dagangan Khamis semalam.

Setelah harga melonjak semula dari zon support 1.17000 pada Rabu, kenaikan harga gagal diteruskan semalam namun perlahan meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Paras tersebut dijangka akan membantu menyokong kenaikan harga lebih tinggi untuk menguji paras tertinggi yang dicatatkan di awal minggu sekitar zon 1.17700.

Zon tumpuan pada 1.18000 pastinya akan diberi tumpuan untuk harga memberikan isyarat perubahan trend bullish harga semula jika melepasi zon tersebut.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan kembali menuju zon rintangan 1.19000 yang gagal ditembusi pada dagangan sebelum ini.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon support 1.17000 akan terus diuji sehinggalah gagal membendung penurunan lebih rendah.

Harga yang meneruskan penurunan dijangka menuju ke paras sekitar 1.16000 sekaligus mencatatkan paras paling rendah untuk tahun ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat