Makin Panas, AS ‘Blacklist’ Lagi 71 Entiti Milik Rusia

459

‘Agak-agak Rusia hairan ke dengan blacklist ni?’

Saban hari situasi antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia semakin tegang, di mana yang terbaharu Presiden Joe Biden dilihat telah menambah 71 lagi larangan import dan eskport terhadap kerajaan Vladimir Putin.

Difahamkan AS kini menambah 71 entiti baru ke dalam senarai hitam (blacklist) perdagangan termasuk kilang pesawat serta institusi pembuatan kapal dan penyelidikan dari Rusia, selain negara sekutunya Belarus.

Antara penambahan baru dalam senarai tersebut adalah:

  • Unit Akademi Sains Rusia, A.A. Institut Kharkevich untuk Masalah Penghantaran Maklumat dan V.A. Institut Sains Kawalan Trapeznikov.
  • Kilang pesawat dan Syarikat Pesawat Saham Bersama iaitu Voronezh yang menyediakan pesawat penumpang dan kargo terbesar di Rusia.
  • Kilang Penerbangan Irkutsk yang menghasilkan 7,000 pesawat daripada 20 jenis sejak 1934 dan terkenal dengan penghasilan pesawat MC-21.
  • Cawangan Kompleks Penerbangan Ilyushin dan Institusi Pembuatan Kapal St. Petersburg.
  • Biro Penyelidikan Khas untuk Automasi Penyelidikan Marin Far East Cawangan Akademi Sains Rusia.

Dengan penambahan 71 entiti baru tersebut, Jabatan Perdagangan AS kini sudah menyenaraihitamkan sebanyak 322 syarikat yang menyokong ketenteraan Rusia sejak Februari lalu.

Setiausaha Perdagangan Industri dan Keselamatan AS, Alan Estevez menyatakan tindakan tersebut telah diambil bagi melumpuhkan keupayaan Rusia memperolehi barangan dan teknologi yang digunakan atas tujuan ketenteraan.

Umumnya, Washington dan sekutunya sedang menjalankan sekatan besar-besaran terhadap Rusia atas tindakan menyerang Ukraine termasuk melarang tambahan oligarki dan anggota elit negara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat