Malang Buat Zon Eropah! Data Ekonomi Merosot Semula Pada Ogos

358

Setelah memaparkan pengukuhan dalam tempoh tiga bulan terbaru, ekonomi di Zon Eropah kembali menunjukkan kemerosotan dalam data PMI pembuatan dan perkhidmatan pada bulan Ogos.

Sektor pembuatan dan perkhidmatan di Perancis kehilangan momentum untuk meneruskan pengukuhannya pada bulan Ogos, di mana data PMI pembuatan kembali menunjukkan penguncupan pada 49.0 daripada 52.4 yang direkodkan sebelum ini.

Sementara aktiviti perkhidmatan juga merosot, namun masih di atas tahap pengembangan pada 51.9 daripada 57.3 yang dicatatkan pada Julai dan tersasar daripada jangkaan untuk kenaikan 53.0.

Jerman, selaku ekonomi terbesar di Eropah masih menunjukkan pengukuhan dalam sektor pembuatan dengan meningkat kepada 53.0 daripada 51.0 pada bulan sebelumnya, menandakan peningkatan terbesar dalam aktiviti perkilangan sejak September 2018.

Sebaliknya, pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan pula adalah lebih lemah daripada jangkaan dengan peningkatan 50.8 pada Ogos daripada 55.6 pada Julai. Bacaan ini menunjukkan kelembapan dalam sektor perkhidmatan yang ketara disebabkan penurunan perniagaan baru dari luar negara dan penguncupan berterusan dalam pekerjaan.

Secara keseluruhannya, pemulihan ekonomi zon Eropah daripada krisis Covid-19, malangnya terhenti pada bulan ini dengan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan masing-masing menunjukkan kemerosotan pada 51.7 dan 50.1.

Hal ini berbeza pula dengan data PMI dari UK yang turut menjadi tumpuan di sesi Eropah, di mana sektor pembuatan menunjukkan peningkatan pada 55.3. Bacaan ini merupakan peningkatan terbesar dalam aktiviti perkilangan sejak Februari 2018.

Selain itu, sektor perkhidmatan pula melonjak kepada 60.1 pada Ogos, menandakan pertumbuhan paling kukuh dalam tempoh lebih enam tahun, didorong oleh kenaikan besar dalam jumlah perniagaan baru sejak Mac 2015.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat