Malaysia Lancarkan Serangan! Senaraikan Waris Sulu Sebagai Pengganas

972

Malaysia telah mengklasifikasikan salah seorang keturunan kesultanan Sulu sebagai pengganas, dalam satu langkah untuk menjaga kedaulatan negara di tengah-tengah pertikaian wilayah antara kedua pihak.

Kementerian dalam negeri mewartakan Muhammad Fuad Abdullah Kiram sebagai pengganas di bawah undang-undang anti-pengubahan wang haram dan keganasan negara.

Fuad, 69 adalah salah seorang daripada lapan ahli kumpulan Sulu yang mendakwa sebagai pewaris kesultanan.

Pada 2022, pihak yang menuntut telah memperoleh anugerah RM62.95 bilion ($14.2 bilion) terhadap Malaysia berikutan tuntutan wilayah mereka ke atas Sabah.

Ekoran itu pada Julai, mereka bertindak merampas aset milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang didaftarkan di Luxembourg sebagai pampasan kepada tuntutan tersebut dengan nilai mencecah lebih $2 bilion.

Bagaimanapun, Petronas kemudiannya memaklumkan bahawa dua aset tersebut telah dilupuskan dan hasilnya sudah dipulangkan.

Dalam pada itu, pada bulan lalu mahkamah di Paris menolak bidaan kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah itu dengan mengekalkan penangguhan Malaysia terhadap penguatkuasaan perintah tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat