Malaysia Mungkin Henti Eksport Minyak Sawit Ke EU?

598

Malaysia mungkin mempertimbangkan untuk menghentikan eksport minyak sawit ke Kesatuan Eropah (EU), menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ini susulan peraturan penebangan hutan baharu EU, di mana produk yang ditanam atau diternak di atas tanah yang berkait dengan penebangan atau degradasi hutan akan diharamkan daripada memasuki blok itu.

Enam komoditi yang dicadangkan termasuk minyak sawit, lembu, kayu, soya, koko dan kopi, serta produk terbitannya.

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini adalah salah satu pilihan Malaysia untuk menangani tindakan negatif EU terhadap minyak sawit negara.

Malaysia boleh memberi tumpuan kepada negara lain, jika EU terus menyukarkan negara, tambah beliau.

Sebagai konteks, blok itu pernah melancarkan kempen ‘boikot minyak sawit’ pada 2018 dengan alasan industri penanaman pokok kelapa sawit merosakkan alam sekitar melalui penebangan hutan.

Selain itu, Datuk Seri Fadillah juga mengatakan akan melibatkan Indonesia selaku pengeluar dan pengeksport terbesar minyak sawit dunia dalam perbincangan ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo bersetuju untuk bekerjasama dalam memerangi diskriminasi EU terhadap minyak sawit pada November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat