Malaysia Tawan Yokohama, BCorp Vincent Tan Beli Tanah RM409 Juta

582

‘Macam beli tanah dalam Monopoly je.’

Nampak gaya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun akhiri 2022 dan memasuki 2023 dengan penuh bergaya apabila anak syarikat Berjaya Corp Bhd (BCorp) bakal memiliki aset bernilai RM408.82 juta di Jepun.

Anak syarikat Yokohama Hospitality Asset TMK (BY-TMK) dilaporkan sedang mengadakan perbincangan jual-beli di Bandar Yokohama untuk memperolahi 6 bidang tanah (lebih kurang 2.1 hektar) di sana.

Difahamkan bahawa tanah itu terletak di kawasan tepi laut yang belum dibangunkan, berdekatan mercu tanda utama bandar tersebut seperti Yokohama Landmark Tower serta Muzium Seni Yokohama.

Menurut pemfailan syarikat, BY-TMK merancang untuk membangunkan kawasan itu di bawah Projek Four Seasons Yokohama Harbour Edge yang merangkumi hotel serta kediaman mewah dan akuarium termasuk kedai runcit.

Ia dianggarkan menelan belanja sekitar RM3.28 bilion, termasuk kos pengambilan tanah,  dan dijangka siap dalam tempoh 4 tahun.

Turut diulas dalam pemfailan tersebut, anggaran nilai pembangunan kasar sekitar RM4.46 bilion dan akan dibiayai melalui pinjaman bank dan/atau dana dalaman.

Ternyata 2023 bakal menjadi menjadi tahun yang sibuk untuk Tan Sri Vincent dan BCorp dengan pemerolehan tanah di Jepun dan rancangan pembelian firma kewangan berlesan Bank Negara Malaysia.

Setakat penulisan ini saham BCorp diniagakan positif 3.45% pada 30 sen dengan permodalan pasaran sebanyak RM1.76 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat