Tan Sri Vincent Tan Kini Ceburi Industri Perkhidmatan Kewangan!

597

‘Makin besar industri yang diceburi makin banyak keuntungan yang akan diraih.

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun merancang untuk mengurangkan kepentingan dalam Berjaya Crop Bhd (BCorp) bagi membuka jalan pengambilalihan 51% di sebuah firma perkhidmatan kewangan.

Menerusi kenyataan rasmi BCorp, Tan Sri Vincent bercadang untuk mengurangkan kepentingan dari 26% kepada 19.6% dalam syarikat dengan beliau menilai pengambilalihan sebuah firma yang ditadbir Bank Negara Malaysia (BNM).

Ulasnya bahawa firma yang ditadbir BNM di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) merangkumi pembrokeran insurans, pembrokeran wang, nasihat kewangan dan bank digital.

Peraturan FSA menyatakan seorang individu hanya dibenarkan memilliki tidak lebih 10% kepentingan dalam institusi kewangan dan syarikat berlandaskan perniagaan perjudian diharamkan untuk memegang ekuiti dalam bank.

Setakat ini, hartawan tempatan itu dilaporkan telah menjual hampir 400 juta saham pada 22 Disember melalui transaksi perniagaan langsung.

Ia bermakna Tan Sri Vincent kini memiliki 12.95% kepentingan langsung dan 13.29% kepentingan tidak langsung.

Di sisi berbeza, ini bukan penglibatan pertama kali BCorp dalam industri perkhidmatan kewangan dengan syarikat memiliki 30% kepentingan dalam Berjaya Sampo Insurans Bhd dan pemilik penuh Inter-Pacific Securities Sdn Bhd.

Dalam pada itu, pengurangan kepentingan oleh Tan Sri Vincent menyaksikan pengasas dan pengarah urusan Kossan Rubber Industries Bhd iaitu Tan Sri Lim Kuang Sia muncul sebagai pemegang saham utama BCorp.

Setakat penulisan ini saham BCorp didagangkan mendatar pada 30 sen dengan permodalan pasaran sekitar RM1.79 billion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat