Mampukah Data Pekerjaan UK Menyokong Lonjakan Harga Pada GBP/JPY Hari Ini?

490

Pound Sterling bergerak mendatar pada permulaan dagangan minggu ini dan perkembangan semasa pada rundingan Brexit kekal menjadi rujukan para pelabur untuk menentukan hala tuju dagangan GBP berbanding matawang utama yang lain.

Perkembangan Brexit setakat ini, para pemimpin Kesatuan Eropah telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan Brexit sehingga 31 Oktober ini pada persidangan minggu lalu. Ini memberikan sedikit ruang waktu untuk Perdana Menteri Britain, Theresa May mencari alternatif terbaik untuk mendapatkan keyakinan terhadap pelan Brexit beliau.

Dalam pada itu juga, sesi pasaran Eropah pada petang ini tertumpu kepada laporan data pekerjaan di UK yang dikeluarkan pada jam 4.30 petang tadi. Kadar purata pendapatan di UK bagi unjuran tahun ke tahun mencatatkan peningkatan 3.5% seperti yang dijangkakan berbanding 3.4% pada bacaan sebelum ini.

Kadar pengangguran pula masih kekal di paras 3.9% tidak berubah seperti bacaan sebelumnya. Namun kadar bilangan tuntutan faedah bagi yang tidak bekerja meningkat lebih tinggi daripada jangkaan penurunan oleh pasaran.

Matawang safe-haven Yen pula masih kekal didagangkan lemah dalam pasaran berikutan faktor fundamental yang dovish oleh bank pusat Jepun.

Jika dilihat pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/JPY, harga telah membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 146.660 hari ini dan turun menyentuh paras support 146.326 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line.

Namun harga dilihat sedikit meningkat susulan data pekerjaan UK dikeluarkan sebentar tadi. Tetapi kenaikan harga dilihat tidaklah begitu mengukuh untuk melepasi semula paras Magic Pivot.

Jika harga kembali membuat penurunan, jangkaan destinasi yang bakal menjadi tumpuan harga adalah pada support sekitar 145.636 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan lebih tinggi pada dagangan hari ini, paras resistance pada 147.100 berhampiran paras resistance MagicR1, bakal diuji untuk harga mencari paras ketinggian yang baru.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan anda.

Paras support: 146.326, 145.970, 145.636.

Paras resistance: 147.016, 147.350, 147.706.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat