Mark Zuckerberg Menjual Saham Facebook Yang Bernilai Hampir $500 Juta Dolar Pada Februari

1,329

Pada akhir bulan Februari Mark Zuckerberg, CEO Facebook telah menjual saham Facebook bernilai hampir US$ 500 juta. Keputusan penjualan lot-lot saham adalah bagi mendanai pertubuhan amalnya, Chan Zuckerberg Initiative (CZI).

Tindakan ini bukanlah pertama kali yang dilakukan beliau, kerana ia telah dalam pelan perancangan. CZI ditubuhkan pada bulan Disember 2015 bersama dengan isteri beliau, Priscilla Chan.

Zuckerberg telah menjual sebanyak 685 ribu saham yang bernilai US$ 125.4 juta pada 3 hari terakhir bulan Februari. Hal ini menjadikan jumlah jualan pada Februari sebanyak 2.7 juta saham yang bernilai US$ 482.2 juta berdasarkan kiraan Reuters.

Penjualan saham itu bukan sahaja bertujuan untuk pencairan wang, namun hal itu dilakukan demi memenuhi janji Zuckerberg pada tahun 2015. Seperti mana yang telah sedia maklum, Zuckerberg telah membuat janji untuk mendermakan 99% saham Facebooknya kepada CZI yang dijangka bernilai sekitar US$ 45 bilion dan akan dilakukan secara bertahap.

Menurut Zuckerberg, dana yang disumbangkan akan digunakan untuk mendukung pelabgai perlaksanaan dan operasi pertubuhan amal CZI pada tahun-tahun akan datang.

Pertubuhan amalmilik Zuckerberg dan pasangannya ini mirip seperti yang didirkan oleh Bill Gates dan isterinya serta Yayasan Buffet.

CZI ditubuhkan bermotifkan 3 bidang iaitu bagi meningkatkan pendidikan, memajukan ilmu pengetahuan, serta memperjuangkan keadilan dan kesempatan.

Namun tindakan Zuckerberg mendapat kritikan oleh sebahagian pihak. Mereka menganggap keputusan Zuckerberg tersebut sama saja seperti memindahkan kepemilikan saham Facebook tanpa membayar cukai keuntungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat